Tips Saranan Waktu Makan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Selamat menjalani hari ke-4 untuk tempoh #stayathome. Dah breakfast dengan #ephyraplus? Pastikan awasi waktu makan anda. Jangan selalu masuk dapur jer tau!!Dan ini pun kempen dari KKM. Jom kita sama2 baca tips dari KKM.

COVID-19 LAPAR BERJADUAL SEMASA TEMPOH “ DUDUK DI RUMAH”


Selalu rasa nak makan atau mengunyah semasa tempoh 'Duduk Di Rumah'

Jangan biarkan ia berlarutan kerana anda akan MENYESAL dengan kesannya nanti...

Kawal rasa lapar ini dengan alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Cipta dan rancang aktiviti menarik dan berfaedah bersama ahli keluarga ketika tempoh 'Kawalan Pergerakan' ini.

Sekiranya rasa lapar cuba...
*minum AIR KOSONG dahulu
*jika lapar lagi ambil snek ringan seperti segelas susu,buah-buahan,kekacang,roti,biskut bijirin penuh atau yogurt.
KAWAL KUANTITI setiap makanan yang diambil sekiranya anda masih tidak dapat kawal makan dengan kerap.

Kalau tak berjaya jugak, apa kata anda...
berpuasa sunat ( bagi yang beragama islam) juga dapat membantu mengawal makan tidak tentu masa

Tahukah? Jika anda tidak mengawal rasa lapar ini, secara tidak dirancang, anda mungkin akan makan makanan yang tidak sepatutnya dan secara berlebihan. Malah, makanan tersebut mungkin akan menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi

TETAPKAN WAKTU MAKAN untuk ahli keluarga anda dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya.

Perlu diingat, bagi yang suka makan malam, pastikan ambil hidangan yang berkhasiat dan tinggi serat untuk memberi rasa kenyang yang mencukupi. Elak tidur lewat agar anda tidak mula mecari sesuatu untuk dikudap dan menyebabkan kuota kalori harian anda terlebih.

Jangan ikutkan SELERA & NAFSU.. Fikir-fikirkan kesannya jika situasi ini sering terjadi kepada anda. Kita bukan hanya mahu mengelak dari COVID-19 tetapi juga kegemukan dan penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui amalan gaya hidup yang baik!

Bijaklah dalam merancang pengambilan makanan anda...